Saturday, 18 June 2016

TOP 10 TIPS PENJAGAAN HANDBAG SOPHIE PARIS YANG SIMPLE DAN MUDAH


.
SOPHIE PARIS KOTA KINABALU ingin berkongsi sedikit tips tentang penjagaan handbag yang betul. Tips ini boleh digunapakai pada semua jenis handbag. Source: cosmopolitan
.
1. Elakkan daripada menyimpan beg di tempat yang mudah terkena cahaya matahari. Ia boleh menyebabkan kulit cepat rosak dan warna luntur.
.
2. Elakkan daripada memegang beg selepas kamu memakai krim tangan.
.
3. Elakkan daripada menggunakan baby wipes, cuka atau sebarang ‘home remedy’ untuk membersihkan atau menanggalkan kotoran. Kebanyakkan produk ini mempunyai bahan kimia yang boleh merosakkan warna dan mengeringkan kulit beg. Lantas membentuk minyak pada kulit dan medatangkan masalah-masalah lain.
.
4. Lap beg anda seminggu sekali . Campur sedikit sabun cecair dengan air suam dan guna kain lembap untuk membersihkan kotoran di bahagian luar beg kamu.
.
5. Jika ada kesan dakwat lama, elakkan daripada menanggalkannya sendiri. Kesan kotoran degil seperti ini perlukan penjagaan profesional.
.
6. Elakkan daripada menggunakan air pada kesan kotoran berminyak. Kerana ia boleh merosakkan permukaan kulit.
.
7. Jika beg kamu ada dustbag (sarung beg), jangan lupa untuk pakai. Sarung ini bertujuan melindungi beg daripada berhabuk bila tidak digunakan.
.
8. Jika kamu tidak ada dustbag, gantikan saja sarung bantal!
.
9. Lap tekstur beg untuk mengelakkan kulitnya daripada rosak.
.
10. Jika beg berbau, elakkan daripada menggunakan pewangi berasaskan aerosol kerana ia boleh melunturkan warna serta merosakkan kulit beg.
.

No comments:

Post a Comment